Pengamal Media Akan Nilai Prestasi Adun Pulau Pinang - Speaker

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri akan melantik seorang wakil tetap dari setiap organisasi media bagi menilai prestasi wakil rakyat dan ia akan dilaksanakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 29 November ini.

Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang berkata pihaknya sedang merangka kriteria-kriteria khusus untuk menilai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk memastikan segala tanggungjawab dilaksanakan dengan betul.

"Kita ingin membina satu DUN yang telus untuk memastikan setiap wakil rakyat melaksanakan tanggungjawab mereka ketika persidangan DUN," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata melalui proses penilaian ini, kesemua wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang akan lebih mementingkan tanggungjawab dan tugas mereka dalam DUN.

"Cadangan seperti kehadiran wakil rakyat, penglibatan mereka ketika perbahasan dan kelakuan mereka akan disertakan sebagai kriteria dalam penilaian ini.

"Kami ingin wujudkan satu suasana persidangan DUN yang dihadiri kesemua wakil-wakil rakyat yang profesional," katanya.

"Kami akan memberi tempoh seminggu untuk memilih setiap wakil media tetap dalam kumpulan penilaian prestasi ini supaya cadangan dan pandangan dapat direkodkan sebelum mengumumkan pelaksanaannya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan