Kecuali Wanita, Semua Sayap Umno Terengganu Diterajui Muka Baharu

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemilihan 32 jawatankuasa sayap parti di Terengganu semalam menyaksikan kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri di semua lapan bahagian Terengganu dibarisi 100 peratus muka baharu.

Bagi jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita pula, dari 16 calon terpilih, hanya lima daripadanya muka lama manakala 11 lagi yang menang ialah calon muka baharu.

Lima muka lama yang menang ialah Datuk Fatimah Hamat (Hulu Terengganu), Toh Puan Zaitun Mat Amin (Marang), Zainun Abu Bakar (Dungun), Senator Rohani Abdullah (Kemaman) dan Faridah Akmal A Latif (Naib Ketua Dungun).

Ia juga menyaksikan sedikit kejutan apabila beberapa tokoh calon orang lama yang pernah terpilih sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada pilihan raya umum kecundang pada pemilihan parti kali ini.

Antaranya calon Ketua Pemuda Marang, Zaidi Muda yang tewas di tangan Jasmira Othman.

Pada pilihan raya umum ke-13, Zaidi adalah calon DUN Bukit Payong.

Begitu juga dengan Nordiana Shafie yang tewas kepada Rozalina Mokhtar dalam merebut Ketua Wanita Bahagian Kuala Terengganu.

Nordiana sebelum ini ialah Ketua Pergerakan Puteri Umno Terengganu yang terpaksa melepaskan jawatan itu berikutan melebihi had umur 40 tahun adalah calon bagi DUN Batu Buruk pada pilihan raya umum ke-12.

Calon Ketua Wanita Kuala Nerus, Toh Puan Ruby Sabariah Mohammad Yusof yang juga isteri kepada calon Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri juga gagal memenangi jawatan itu apabila tewas kepada Norhayati Ismail.

Satu-satunya calon Ketua Pergerakan Puteri di Terengganu yang layak bertanding pada pemilihan kali ini iaitu Asfalinda Anuar (Kemaman) juga gagal mempertahankan jawatan itu apabila ditewaskan Shaheda Jusoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu, Datuk Muda Mamat berkata keputusan itu menyatakan kehendak perwakilan sendiri yang mahu memilih muka baharu sebagai pemimpin sayap parti itu dan mencerminkan proses meremajakan Umno.

Dalam perkembangan sama, Muda berkata beliau berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa peringkat sayap yang berlangsung apabila 99 peratus keluar mengundi di lapan bahagian ini.

Sebanyak 13,756 anggota Umno iaitu perwakilan Wanita (5,098), Pemuda (4,927) dan Puteri (3,731) Terengganu membuat penentuan pemimpin pilihan masing-masing, semalam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan