Kalimah Allah: Wakil Peguam Tujuh Majlis Agama Negeri Akur Responden Berhak Merayu Kepada Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wakil peguam bagi tujuh Majlis Agama Negeri yang rayuannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam The Herald diluluskan oleh Mahkamah Rayuan pada Isnin, meminta semua pihak menghormati keputusan mahkamah tetapi pada masa yang sama mengakui hak responden membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berkata, responden mempunyai tempoh 30 hari bermula hari ini untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

"Pihak responden perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum rayuan mereka boleh didengar," jelas Zainul kepada kira-kira 300 wakil badan bukan kerajaan, parti politik dan orang ramai yang berkumpul di hadapan Istana Kehakiman sejak awal pagi ini.

Ketiga-tiga hakim, Mohamed Apandi, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara melarang The Herald, penerbitan mingguan Katolik, menggunakan kalimah Allah.

Mereka juga membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia berkata pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu semua penghakiman berasingan yang dibuat ketiga-tiga hakim berkenaan.

"Kita perlu menghormati hak peguam yang mewakili responden untuk merayu dan sementara itu, pihak kami pula bersedia sekiranya rayuan seterusnya sampai di Mahkamah Persekutuan nanti," katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pula berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu harus dihormati semua pihak.

Ini kerana secara asasnya, perkataan Allah bukan menjadi fundamental dalam pengajaran Kristian, katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata isu kalimah Allah telah dipolitikkan hingga menampakkan seolah-olah umat Islam negara ini bermusuh dengan penganut Kristian.

"Kita tidak pernah bermusuh dengan agama lain...Perlembagaan dan undang-undang syariah jelas menyatakan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama selain Islam," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Hermen Shastri berkata: "Kita tidak perlu bertelagah berhubung penggunaan perkataan Allah". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan