Jangan Tubuh Pasukan Pada Pemilihan Untuk Elak Perpecahan - Noh

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati calon-calon pada pemilihan parti supaya tidak menubuhkan pasukan tertentu demi menjamin perpaduan parti.

Beliau berkata penubuhan pasukan dikhuatiri boleh menimbulkan perasaan kurang senang atau tidak puas hati kepada calon lain.

"Pasukan yang kalah mungkin jadi pembangkang dalam bahagian-bahagian dan perkara ini tidak bagus untuk perpaduan parti," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan penyampaian anugerah cemerlang kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia dari Parlimen Tanjung Karang, Isnin.

Dalam pada itu, beliau berharap Umno Pusat dapat mengatasi masalah yang timbul semasa pemilihan kepimpinan sayap dan bahagian Sabtu lepas sebelum pemilihan Majlis Tertinggi diadakan Sabtu ini.

Antara lain, katanya bahagian-bahagian Umno perlu membuat semakan awal terutamanya daftar perwakilan yang menjadi pemilih untuk mengelak kekecohan.

Noh yang mempertahan jawatan Ketua Bahagian Tanjung Karang berkata Umno bahagian itu telah mengadakan 11 program jelajah bagi memperkenalkan 63 calon Anggota Jawatankuasa Bahagian kepada para perwakilan termasuk pencabar beliau pada kali ini Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan