Hanya Surendran Ditawar Sertai Operasi Berdepan Penjenayah Bersenjata

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tawaran untuk menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata hanya untuk Naib Presiden PKR N. Surendran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata anggota Parlimen Padang Serai itu perlu menandatangani perjanjian indemniti terlebih dahulu untuk berhadapan dengan sebarang risiko ketika operasi itu dijalankan.

"Tawaran ini untuk YB Surenderan sahaja. Tidak terbuka kepada orang ramai ataupun lain-lain YB. Saya ucap tahniah kepada dia (Surendran) kerana sanggup untuk terima cabaran kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum berlepas ke Cartagena, Colombia untuk menghadiri Perhimpunan Agung Interpol ke-82, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, Isnin.

Surendran dan peguamnya juga telah menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berhubung butiran perjanjian indemniti dan prosedur lain, katanya seperti dilaporkan Bernama

Beliau berkata polis akan menghubungi Surendran apabila pasukan itu menjalankan operasi berkenaan dan anggota parlimen itu perlu bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa termasuk lewat tengah malam atau awal pagi.

Khalid sebelum ini memberi jaminan bahawa Surendran yang mengkritik polis kononnya bertindak keterlaluan dalam memerangi penjenayah bersenjata, akan disediakan perlindungan mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan itu.

Sementara itu, Khalid berkata beliau kesal apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai 'shoot-criminal-first' (tembak penjenayah dahulu), telah dipolitikkan dan diputarbelitkan pihak tertentu.

Beliau berkata kenyataan itu sebenarnya menggesa anggota polis bertindak mempertahankan diri ketika berhadapan penjenayah bersenjata.

"Apabila nyawa kami (anggota polis) diancam, kami tidak ada jalan lain untuk mempertahankan diri," katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai bulat-bulat berita portal yang sengaja mensensasi dan memutarbelit sesuatu berita.

Mengenai Perhimpunan Agung Interpol ke-82 yang akan menghimpunkan ketua-ketua polis seluruh dunia di Cartagena, Colombia dari 21 hingga 24 Okt, Khalid berkata ia penting dalam usaha mengurangkan jenayah secara kolektif.

"Sekarang ini jenayah tak ada sempadan, jadi saya rasa amat penting untuk kami berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain dalam kami menangani jenayah merentasi sempadan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan