Calon Dakwa Tidak Dimaklumkan Sama Ada Menang Atau Kalah

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Lima calon yang bertanding bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian Baling pada Sabtu lepas mendakwa mereka masih tidak mendapat keputusan pertandingan jawatan itu sama ada menang atau kalah.

Mereka turut mendakwa telah menghubungi setiausaha pergerakan itu tetapi gagal mendapat jawapan.

Akibat tidak puas hati seorang daripada mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Baling semalam.

Seorang calon terbabit, Hasliza Harun, 48, mendakwa sehingga Isnin, beliau tidak dimaklumkan sama ada menang atau kalah bagi jawatan anggota jawatankuasa yang ditandinginya.

Bekas setiausaha pergerakan Wanita Umno bahagian Baling itu berkata keputusan pertandingan semua jawatan dalam pergerakan Wanita Umo bahagian Baling diumumkan pada pukul 4.30 pagi tetapi tidak semua keputusan calon yang bertanding diumumkan menyebabkan berlaku salah faham antara perwakilan.

"Kami akan menyerahkan bukti termasuk gambar ada pihak yang tidak berkaitan berada di dalam dewan pengundian dan di bilik mengira undi," katanya.

Seorang lagi calon anggota jawatankuasa, Fuziah Shaarim, 51, berkata beliau juga tidak mengetahui keputusan sama ada menang atau kalah kerana tidak diumumkan.

Nafisah Sulaiman, 45, pula melahirkan kekesalannya kerana tidak berlaku ketelusan dan mendakwa keputusan pertandingan pada Sabtu lepas meragukan.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan