Bekas Menteri Pusat Antara Enam Calon Naib Presiden PBB

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Muhd Leo Michael Toyad adalah antara enam calon yang akan bertanding jawatan naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam pemilihan Isnin ini.

Calon lain ialah Datuk Daud Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Abdul Wahab Aziz (Menteri Muda Perumahan), Datuk Talip Zulpilip (Menteri Muda Pelancongan), Datuk Julaihi Narawi (Menteri Muda Pembangunan Industri) dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Beting Maro Datuk Bolhassan Di.

Ketika mengumumkan senarai calon itu di sini hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen PBB ke-13 Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Besar berkata Presiden parti Tan Sri Abdul Taib Mahmud menang tanpa ditandingi selepas pencalonan ditutup pukul 5 petang tadi.

Abdul Taib menerima sokongan teguh daripada semua 71 cawangan parti yang mahu beliau terus meneraju PBB, kata Mohamad Asfia.

Dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga menang tanpa ditandingi bersama-sama dua naib presiden kanan iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dua lagi naib presiden untuk sayap Pesaka (bukan Islam) iaitu Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Datuk Alexander Nanta Linggi juga tidak dicabar.

Sementara itu, 14 calon akan bertanding untuk 11 jawatan Majlis Tertinggi (MT) bagi sayap Bumiputera (Muslim), manakala sembilan penyandang jawatan MT untuk sayap Pesaka menang tanpa ditandingi.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan