Umno Lepasi Ujian Transformasi Politik - PM

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersama Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media mengenai Pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (kanan) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri). Foto BERNAMA
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersama Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media mengenai Pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (kanan) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno berjaya melepasi cabaran proses transformasi politik terutama bagi menghidupkan amalan demokrasi secara terbuka dalam parti itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kelancaran proses pemilihan bagi sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno membuktikan parti itu lebih kedepan dalam menegakkan amalan demokrasi.

"Secara umumnya saya boleh katakan bahawa Umno telah melalui ujian ini dengan begitu cemerlang.

"Walaupun kita menghadapi banyak cabaran, tapi semuanya berbaloi kerana kita mahukan parti ini mendahului proses demokrasi yang terbuka.

"Ia sekaligus menjadikan parti ini sebagai parti yang ke depan dalam proses menegakkan demokrasi hingga boleh dijadikan model kepada parti lain," katanya pada sidang media di pusat penjumlahan undi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini lewat malam Sabtu.

Sementara itu, mengulas mengenai beberapa masalah yang wujud ketika proses pengundian yang bermula seawal pukul 8 pagi Sabtu, Najib berkata, perkara itu hanya isu kecil yang berjaya diselesaikan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan Umno akan memperbaiki beberapa masalah agar ia tidak berulang pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) minggu depan.

"Kita akan jadikan ini sebagai panduan... kita akan cuba atasi dan perbaiki pada minggu depan," katanya.

Pemilihan tiga sayap pada Sabtu menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memberi mandat baharu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan sayap parti itu.

Melalui sistem pemilihan 'Electoral College' ini setiap bahagian akan memberikan satu undi untuk seorang calon bagi setiap jawatan, untuk memberi suara lebih besar kepada anggota dari 191 bahagian memilih kepimpinan parti ke arah menjadikan Umno lebih telus dan demokratik.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan