Shahrizat, Khairy, Mas Ermieyati Dahului Undi Pemilihan Sayap Umno - Berita Semasa | mStar

Shahrizat, Khairy, Mas Ermieyati Dahului Undi Pemilihan Sayap Umno

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masih mendahului saingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Ini termasuk calon baru Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin yang turut mendahului pengundian bagi jawatan ketua sayap itu.

Setakat pukul 8 malam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memperoleh 20 undi, antaranya dari Umno Bahagian Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Lenggong, Tambun, Batu Gajah, Tapah, Kepong, Jelebu, Jempol, Telok Kemang, Labis, Kluang dan Pasir Gudang.

Shahrizat pula mendapat 23 undi daripada 191 Bahagian.

Umno Bahagian yang menyokong bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah antaranya dari Hulu Terengganu, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Tambun, Ipoh Barat, Tapah, Tanjong Malim, Kepong, Jelebu, Jempol, Rasah, Telok Kemang, Labis, Pagoh, Kluang dan Labuan.

Dua pencabar Shahrizat iaitu Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suelaiman masing-masing belum mendapat sebarang undi.

Sementara itu, empat pencabar Khairy iaitu Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali juga masih belum memperoleh undi.

Bagi jawatan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati yang merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah kekal mendahului pencabarnya Jamilah Hanim Othman dengan mendapat tujuh undi.

Jamilah sehingga kini mendapat enam undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan