Pergerakan Jemaah Haji Ke Arafah Bermula

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jutaan jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah pada Ahad menjelang hari wukuf Isnin.

Pergerakan jemaah haji Malaysia yang diketuai Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula diatur secara berperingkat bermula 11 pagi waktu tempatan sehingga malam ini, dengan menaiki bas.

Turut mengiringi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail.

Wukuf merupakan rukun haji yang berlangsung pada 9 Zulhijjah dan jemaah mesti melaksanakannya dengan berada di Arafah walau hanya untuk seketika. Bagi jemaah haji yang sedang sakit, pasukan perubatan TH membawa mereka ke Arafah menggunakan ambulans.

Selepas waktu maghrib di Arafah, jemaah akan dibawa bermabit (bermalam) di Muzdalifah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Arafah. Di situ, jemaah akan mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah di Mina pada keesokannya.

Menurut Syed Saleh, TH berharap dapat membawa semua jemaah Malaysia ke Muzdalifah selewat-lewatnya pukul 11 malam bagi membolehkan mereka berehat sebelum bertolak ke Mina.

Ketika melaksanakan wajib haji melontar jamrah, jemaah Malaysia lazimnya berbuat demikian pada sebelah malam kerana pada waktu itu kawasan jamrat kurang sesak, katanya.

Selesai melontar, bermabit dan bertahlul di Mina, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan tawaf rukun diikuti bersaie antara Bukit Safa dan Marwah, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan