Perak Rujuk Umno Pusat Kekosongan Jawatan Naib Ketua Pemuda Batu Gajah

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Badan Perhubungan Umno negeri Perak menyerahkan kepada Umno pusat untuk menentukan kedudukan jawatan naib ketua Pemuda bahagian Batu Gajah yang belum diisi apabila calon tunggal jawatan itu digugurkan pada saat akhir sebelum pemilihan sayap parti Sabtu.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengesahkan nama Salmanjihani Bahari disenaraikan untuk jawatan itu tetapi kemudian digugurkan selepas didapati tidak layak.

"Keputusan perkara itu kami serahkan kepada ibu pejabat sama ada perlu mengadakan pemilihan bagi jawatan berkenaan atau ada cara lain yang difikirkan Umno pusat untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mengenai keputusan jumlah undi sama yang diperoleh Naib Ketua Wanita Azizah Mohd Dun dan Datuk Suraya Yaakob yang masing-masing mendapat 145 undi daripada perwakilan Umno bahagian Gopeng, beliau berkata pihaknya belum mendapat laporan berhubung tindakan yang diambil pengerusi tetap pergerakan Wanita bahagian untuk menangani perkara itu.

"Kami akan atur kaedah yang sesuai bagi membolehkan satu keputusan dibuat sama ada perlu dipanggil pengerusi tetap dan disaksikan kepimpinan bahagian untuk membuat cabutan atau menggunakan kaedah lain," katanya.

Bagaimanapun Mohd Khusairi berkata, sebarang tindakan yang akan diambil berhubung perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada Umno pusat.

Beliau berkata, pemerhatian yang dibuat sepanjang pemilihan sayap parti pada Sabtu juga mendapati warna kertas undi menimbulkan kekeliruan kepada perwakilan yang perlu mengundi pemimpin peringkat bahagian dan pusat.

"Kertas undi warnanya boleh dikatakan sama, banyak perwakilan terkeliru untuk memasukkannya ke dalam peti undi sama ada bagi pertandingan peringkat bahagian atau pusat. Apabila dilipat warnanya sama, yang sepatutnya dimasukan ke dalam kotak bahagian, dimasukkan ke kotak pusat," katanya.

Beliau berkata, kesilapan itu menyebabkan kertas undi ditolak (undi rosak).

Oleh itu beliau meminta semua perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan anggota bahagian dan Majlis Tertinggi pada 19 Oktober ini supaya lebih berhati-hati dan teliti agar tidak berlaku undi rosak yang terlalu banyak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan