Pemilihan Semula Ketua Wanita Kepala Batas Diadakan Rabu Ini

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pemilihan ketua wanita Umno bahagian Kepala Batas akan diadakan semula di dewan Wisma Umno di sini pada 16 Oktober ini selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya Rokiah Bee Hassan memperoleh undi yang sama.

Masing-masing memperoleh 192 undi setelah pengiraan undi berakhir lewat malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan bahagian Kepala Batas Datuk Yahaya Hamid berkata keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan itu dibuat selepas pengiraan undi yang dilakukan sebanyak lima kali memperoleh keputusan yang sama.

"Selepas perbincangan, semua pihak bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita pada Rabu, 16 Oktober pukul 8 malam di Dewan Umno Kepala Batas," Katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Pemilihan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepala Batas semalam berlangsung di Dewan Kompleks Budi Penyayang.

Sementara itu Zabariah yang juga Ketua Wanita Umno Pulau Pinang berkata beliau menyerahkan keputusan untuk memilih siapa ketua wanita bahagian itu kepada perwakilan.

"Saya akan terima apa sahaja keputusan yang dibuat perwakilan wanita di Kepala Batas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan