Pemilihan Sayap Umno: 11 Menang Tanpa Bertanding Di Kedah

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 11 ketua sayap Umno bahagian di Kedah diumum menang tanpa bertanding bagi pemilihan bahagian masing-masing setelah tidak dicabar oleh calon lain.

Bagi jawatan Ketua Wanita, tiga calon yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Maznah Hamid dari Bahagian Jerlun, Sharifah Maznah Syed Kassim (Alor Setar) dan Norma Awang (Jerai).

Maznah dan Sharifah Maznah merupakan penyandang jawatan itu manakala Norma adalah muka baru.

Pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda pula menyaksikan hanya seorang menang tanpa bertanding iaitu Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa dari Bahagian Alor Setar yang juga muka baru.

Bagi jawatan Ketua Puteri, seramai tujuh calon menang tanpa bertanding iaitu Rosliza Hasan dari Bahagian Kubang Pasu, Azifah Abd Rahman (Pokok Sena), Amal Izzah Shamsuddin (Pendang), Anisah Che Amat (Jerai), Datin Norasimah Md Nowar (Sik), Suriati Che Mid (Baling) dan Norsabrina Mohd Noor (Kulim-Bandar Baru).

Azifah, Amal Izzah, Norasimah, Suriati dan Norsabrina mengekalkan jawatan masing-masing manakala Rosliza dan Anisah adalah muka baru.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan