Lebih 50 Peratus Ketua Sayap Bahagian Umno Perak Muka Baharu

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lebih 50 peratus daripada pemimpin sayap Umno di Perak yang menang pada pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri semalam terdiri daripada muka baharu.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, sebanyak 17 ketua Pemuda adalah muka baharu, 13 ketua Wanita dan 16 ketua Puteri.

Mohd Khusairi berkata, tujuh ketua Pemuda iaitu di Ipoh Barat, Parit, Lenggong, Bagan Serai, Ipoh Timur, Lumut dan Tanjung Malim mempertahankan jawatan masing-masing.

Bagi Wanita pula, 11 ketua mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan kali ini iaitu di Gerik, Padang Rengas, Tambun, Ipoh Timur, Beruas, Tapah, Lumut, Tanjung Malim, Taiping, Parit dan Sungai Siput, katanya.

Beliau berkata, pergerakan Puteri menyaksikan lapan ketua Puteri bahagian iaitu Gerik, Ipoh Barat, Batu Gajah, Tapah, Teluk Intan, Bukit Gantang, Sungai Siput dan Kuala Kangsar dipilih semula.

"Dalam pemilihan Umno, keputusan yang dibuat oleh perwakilan kadang-kadang tidak dijangka ia bergantung kepada prestasi calon dan hubungan dengan kepimpinan bahagian," kata Mohd Khusairi kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata, keputusan perwakilan itu turut mencerminkan hasrat mereka untuk melihat transformasi dalam Umno yang selari dengan kehendak pucuk pimpinan parti.

Proses pemilihan dan pengiraan undi di semua bahagian di negeri ini berjalan lancar dan keputusan pemilihan diterima baik oleh perwakilan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan