Kemenangan Untuk Akar Umbi - Shahrizat

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat bersama para penyokongnya. Foto GLENN GUAN / THE STAR
Shahrizat bersama para penyokongnya. Foto GLENN GUAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana keputusan tidak rasmi menunjukkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mendapat 98 undi, berjumlah lebih separuh daripada 191 bahagian.

Dalam kiraan rasmi semasa, Shahrizat mendapat 43 undi manakala Datuk Maznah Mazlan memperoleh satu undi untuk jawatan Ketua Wanita Umno.

Bercakap kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Shahrizat mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Umno dan teman-temannya di atas sokongan terhadapnya sehingga kini.

"Ini adalah satu kemenangan bagi agenda transformasi kepimpinan yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Ia juga merupakan kemenangan bagi akar umbi Wanita Umno. Saya benar-benar menjaga Wanita Umno kerana jika saya menang, ia adalah satu kemenangan bagi mereka juga," katanya.

Penyandang Ketua Wanita Umno ini berhadapan dengan banyak cabaran sejak dua tahun lalu dan pengalaman berkaitan isu skandal NFC membantu beliau untuk menjadi lebih kuat.

"Saya mengalami waktu yang sukar selama dua tahun. Saya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Ia benar-benar menyukarkan saya, keluarga saya dan teman-teman Wanita Umno.

"Banyak perkara yang telah diperkatakan tentang saya tetapi saya menghadapi segala halangan-halangan dan cabaran kerana saya adalah pemimpin," katanya, sambil menambah bahawa beliau direstui kerana Wanita Umno berdiri memberi sokongan kepada beliau pada waktu sukar.

Bersama-sama dengan Umno sejak 32 tahun lalu, Shahrizat berkata, tidak ada pemimpin yang terbaik tanpa sokongan teman-teman dan orang ramai.

"Kerana itu saya perlu cekal, saya ingin menjadi contoh kepada wanita yang berfikir kehidupan mereka adalah sia-sia tetapi sebenarnya tidak.

"Saya mahu dikenang kerana itu, sebagai harapan bagi semua wanita," kata Shahrizat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan