Dua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di 'WhatsApp Group Chat' - Berita Semasa | mStar

Dua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di 'WhatsApp Group Chat'

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua anggota polis digantung tugas selepas didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman menerusi aplikasi ruangan sembang secara berkumpulan di WhatsApp.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, arahan penggantungan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua anggota polis terbabit didakwa membuat kenyataan di sebuah ruangan sembang yang membincangkan tentang urusan berkaitan dengan kerja menerusi aplikasi WhatsApp, yang memberi maksud kepada isu berkaitan dengan penangkapan kumpulan gangster di bawah Ops Cantas.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan pangkat kedua-dua polis berkenaan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan