Bekas NC UPM Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Radin Umar Radin Sohadi
Radin Umar Radin Sohadi

SERDANG: Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Prof Radin Umar Radin Sohadi, 53, meninggal dunia di Hospital Serdang di sini, Ahad.

Bernama melaporkan bahawa menurut anaknya, Mundzir, 27, Allahyarham bapanya yang pernah menjalani pembedahan hati sebelum ini, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati pukul 4.15 pagi.

Beliau berkata Allahyarham pernah menerima rawatan berkaitan kanser beberapa kali di Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Selayang sejak 2010, dan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Asa Jaya, Kajang, dari Hospital Serdang beberapa minggu lepas.

Allahyarham yang dilantik menjadi ketua pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang pertama pada 2007 meletak jawatan sebagai naib canselor UPM Disember lepas akibat masalah kesihatan.

Allahyarham juga pernah menerima anugerah 'The Prince Michael International Road Safety Award' sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan inovasi beliau dalam kemajuan jalan raya pada 2005.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid UPM sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran masjid itu pada pukul 11 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kematian Dr Radin Umar sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

"Beliau adalah penggerak di kementerian pengajian tinggi ketika berkhidmat sebagai Ketua Pengarah," kata beliau.

Bagi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, Dr Radin Umar mempunyai kebolehan mengetengahkan bakat dalam diri seseorang demi menjayakan pelan strategik pendidikan.

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata universiti itu kehilangan seorang sahabat baik, pemimpin dan mentor.

"Kami akan meneruskan legasi kecemerlangan yang dilakukan beliau di UPM," katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang turut pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Tinggi berkata, Dr Radin Umar adalah seorang ahli akademik yang cemerlang, profesional dan berwibawa.

Naib Canselor dan Presiden Taylor Universiti, Prof Datuk Dr Hassan Said yang mengenali Dr Radin Umar selama bertahun-tahun berkata, Allahyarham berjaya memperkenalkan banyak strategi untuk mengukuhkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi.

Prof Hassan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi menyifatkan Dr Radin Umar sebagai pakar terkemuka dalam hal ehwal keselamatan jalan raya.

Dr Radin Umar yang mempunyai pengkhususan dalam bidang kejuruteraan keselamatan jalan raya sebelum ini dilantik oleh Kabinet untuk mengetuai lembaga siasatan bebas menyiasat kemalangan bas di Cameron Highlands pada tahun 2010.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan