4.97% Individu Muflis Adalah Penjamin Sosial – Jabatan Insolvensi

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 4.97 peratus daripada 113,133 kes kebankrapan merupakan penjamin sosial yang diisytiharkan muflis bagi tempoh 2007 hingga Julai 2013, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Rohana Abd Malek.

Beliau berkata, penjamin sosial merupakan individu yang memberi jaminan kepada pinjaman bukan bagi tujuan keuntungan.

Jelasnya, ia bagaimanapun hanya untuk jaminan bagi pinjaman pendidikan, pinjaman sewa beli kenderaan untuk kegunaan sendiri dan pinjaman perumahan persendirian.

“Kadar 4.97% itu meliputi seramai 5,621 penjamin sosial yang diisytiharkan bankrap dari 2007 hingga Julai 2013.

“Jabatan Insolvensi memberi penumpuan khas dalam kes-kes kebankrapan yang melibatkan penjamin sosial sejak 1999,” katanya pada Ahad.

Rohana berkata, jabatan menubuhkan jawatankuasa khas dan melaksanakan projek-projek khusus bagi memberi pertimbangan pelepasan kepada penjamin sosial.

Katanya, perkara itu di bawah seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967 untuk kes-kes yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

“Seramai 968 penjamin sosial telah dilepaskan pada 2013. Pada 2013, penumpuan telah dilanjutkan kepada semua jenis penjamin.

“Dan setakat Julai 2013, seramai 974 penjamin telah dilepaskan dan antaranya 454 merupakan penjamin sosial,” jelas Rohana.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan