Tiada 'Hotspot' di Sungai Limau - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Tidak ada kawasan dikategorikan 'panas' dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjelang pilihan raya kecil kawasan itu.

Namun kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, terutama dengan kehadiran orang luar yang boleh menimbulkan kekecohan.

"Minta penyokong-penyokong dari luar... kalau tidak tahu budaya di Sungai Limau, janganlah cuba mengganggu-gugat pengundi di Sungai Limau. Biarlah pengundi Sungai Limau membuat pilihan mereka sendiri. "Jika ada penyokong nak datang, orang luar kena jaga kelakuan supaya tidak mengganggu keselamatan Sungai Limau yang sentiasa tenang dan aman," katanya kepada pemberita ketika melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini, Sabtu.

Menurut Khalid polis bagaimanapun akan memberi tumpuan di kawasan yang dirasakan berlaku pengundian sengit antara parti-parti bertanding. "Kita dah siap sedia. Masyarakat di DUN Sungai Limau ini adalah masyarakat yang santai dan merupakan pengundi yang matang... tak perlu provokasi luar," katanya.

Khalid berkata lawatan beliau ke IPD Yan hari ini bagi melihat persediaan Polis Kedah dan IPD Yan untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau itu yang dijadualkan pada 4 November depan. "Daripada taklimat yang baru saya terima, saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat. Tinjauan hari ini melibatkan persiapan keselamatan dari hari penamaan calon pada 23 Oktober ini sehinggalah hari mengundi, dan selepas hari mengundi. Insya-Allah, pengundi N20 Sungai Limau tidak perlu bimbang, risau. Keluarlah mengundi dan keselamatan mereka dijamin," katanya.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada 26 September lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan