Surendran Teruja Dengan Pelawaan Sertai Operasi Menembak Penjenayah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

N. Surendran
N. Surendran

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran tidak sabar untuk menyertai operasi bersama pihak polis dalam menembak penjenayah.

"Saya telah membalas pelawaan Ketua Polis Negara dan beliau berkata saya akan merekrut saya dalam operasi berikutnya, saya berharap ia benar-benar berlaku.

"Beliau berkata dia telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah untuk bertemu dengan saya untuk mendapatkan ukuran bagi baju kalis peluru serta proses menandatangani perjanjian perlindungan," kata Surendran ketika dihubungi mengenai pelawaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid, dalam satu posting di akaun Twitternya, mempelawa Surendran menyertai operasi pihak polis bagi menunjukkan kepada beliau apa sebenarnya yang dihadapai oleh pihak polis ketika berhadapan dengan penjenayah yang memiliki senjata.

Ketika dihubungi, Khalid turut mempertahankan pelawaan yang dibuatnya itu.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Seria berkata: "Saya tidak menganggap mereka (polis) mempertaruhkan nyawa mereka ketika operasi. Pendapat saya ialah mereka tidak boleh menggunakan kekerasan secara berlebihan dan menembak secara rambang."

Surendran menambah beliau merasakan pendekatan 'menembak secara sesuka hati' yang oleh beberapa anggota polis telah dimulakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini dilaporkan berkata 'tembak dahulu kemudian baru tanya soalan' mengenai operasi standard pasukan polis.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan