Sidang Puncak Usahawan Global Raih RM12.65 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) yang berlangsung selama dua hari di Kuala Lumpur, telah berjaya meraih perjanjian perniagaan bernilai RM12.65 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah berkata, jumlah tersebut amat besar kerana persidangan itu tidak pernah menetapkan sasaran kewangan tetapi lebih cenderung untuk memperkasakan dan menghubungkan usahawan terutamanya belia dan wanita.

Beliau berkata, sidang kemuncak itu juga menarik lebih banyak syarikat AS dan pelabur budiman untuk menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia dan membiayai projek-projek.

"Pegawai AS kagum dengan sokongan yang diberikan dari segi bagaimana kita (Malaysia) boleh menganjurkan acara ini dan acara sampingan. Mereka kagum dengan kejayaan hebat ini," katanya kepada pemberita selepas penutupan edisi keempat sidang kemuncak itu di sini, Sabtu.

Mohd Irwan Siregar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, berkata kerajaan akan meninjau kemungkinan menganjurkan sidang kemuncak yang serupa sebagai acara tahunan di negara ini.

"Kami juga tidak mahu ini menjadi acara sekali sahaja. Terdapat saranan untuk Malaysia menganjurkan sidang kemuncak ini sebagai acara tahunan seperti di Davos, Switzerland, kami ada mesyuarat tahunan. Kami akan mengkaji perkara ini dan potensinya.

"Mungkin di rantau ini, Malaysia sesuai sebagai hub untuk pembangunan usahawan," katanya lagi.

Mohd Irwan Serigar berkata kejayaan GES 2013 Kuala Lumpur akan menghasilkan lain-lain kejayaan seperti inisiatif Keusahawanan 1Malaysia (1Met) yang akan menjadi wadah latihan bagi kumpulan usahawan tempatan baharu.

GES 2013 melihat kehadiran lebih 4,700 delegasi daripada 123 negara yang menghadiri sidang kemuncak dua hari dengan sejumlah 105 penceramah dari 26 negara menyampaikan pembentangan dan mengadakan perbincangan.

Pada majlis penutupan, Mohd Irwan Serigar mengumumkan Morocco sebagai tuan rumah GES 2014.

GES adalah susulan daripada penekanan oleh Presiden AS Barack Obama ke atas keusahawanan sebagai teras perkaitan global AS, menggariskan kepentingan keusahawanan sebagai salah satu daripada cara paling berkuasa untuk meningkatkan keadaan ekonomi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan