Nahas Pesawat Di Kudat: Kementerian Pengangkutan Mahu Laporan Terperinci

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemandu pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas di Kudat, Sabah Kapten Wan Mohd Abdul Amir Wan Yahya (kanan( ketika melakukan lawatan ke Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu, Sabtu. Foto BERNAMA
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemandu pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas di Kudat, Sabah Kapten Wan Mohd Abdul Amir Wan Yahya (kanan( ketika melakukan lawatan ke Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu, Sabtu. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan mahu laporan terperinci berkaitan insiden pesawat Twin Otter milik MASwings yang terhempas di Kudat pada Khamis bagi mengelak nahas itu daripada berulang.

Pemangku menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya belum menetapkan tempoh bagi siasatan berhubung aspek teknikal, operasi dan persekitaran yang perlu diambil kira.

"Kita perlu memastikan tiada sebarang maklumat yang tertinggal semasa siasatan itu. Ia boleh memakan masa beberapa minggu atau bulan. Saya tidak mahu sebarang spekulasi sehingga laporan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas melawat lima mangsa nahas itu di Hospital Queen Elizabeth 2 di sini pada Sabtu.

Pada 10 Oktober lepas, penerbangan MH3002 MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat merempuh sebuah rumah di Kampung Sinsan, Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, pada kira-kira 2.50 petang menyebabkan seorang penumpang warga emas Tan Ah Chai, 96, dan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, terbunuh.

Hishammuddin berkata, pihaknya mungkin akan mengambil masa seminggu untuk membawa balik bangkai pesawat ke hangar Malaysia Airlines (MAS) sebelum siasatan terhadap aspek teknikal boleh dimulakan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang berkata, pihaknya dalam proses menggantikan pesawat Twin Otter dengan model Vikings dari Kanada.

Beliau berkata, pesawat berharga AS$6.5 juta itu mempunyai teknologi canggih dan tempat duduk lebih selesa yang boleh memuatkan 17 penumpang serta dua anak kapal.

"Dua pesawat Vikings berada di Sabah. Satu daripadanya sudah mula beroperasi manakala satu lagi dalam proses menukar pendaftaran dari Kanada ke Malaysia.

"Satu pesawat akan dihantar bulan depan manakala tiga lagi tahun depan," katanya sambil menambah selepas insiden itu, MASwings kini hanya mempunyai empat pesawat jenis Twin Otter.

Mohd Nawawi juga berkata, MASwings akan memastikan kebajikan mangsa insiden itu terpelihara termasuk pemilik rumah yang dirempuh pesawat yang terhempas.

Terdahulu, Hishammuddin melawat juruterbang Kapten Wan Mohd Abdul Amir Wan Yahya, 56, di wad pembedahan, Nurhazwin Sharon, 29, dan warga Filipina Merang Muharani, 52, di wad ortopedik serta Isobella Abal, 26, dan Fauziah Pelimin, 32, di unit rawatan rapi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut melawat mangsa di hospital berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan