Mesyuarat Perwakilan & Pemilihan Tiga Sayap Umno Berjalan Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (dua, kanan) memperkatakan sesuatu kepada calon Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin (kiri) ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Rendah Agama JAIM, Paya Rumput, Masjid Tanah pada Sabtu.
Mas Ermieyati Samsudin ditentang Jamilah Hanim Othman. -Foto BERNAMA
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (dua, kanan) memperkatakan sesuatu kepada calon Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin (kiri) ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Rendah Agama JAIM, Paya Rumput, Masjid Tanah pada Sabtu. Mas Ermieyati Samsudin ditentang Jamilah Hanim Othman. -Foto BERNAMA

ALOR GAJAH: Mesyuarat perwakilan dan pemilihan kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno setakat ini berjalan lancar, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Saya melihat kaedah serta penyusunan yang dibuat Jawatankuasa Pemilihan Umno bagi melancarkan pemilihan hari ini berjalan dengan baik dan semua prosedur yang diputuskan dari sudut pengagihan kertas undi, peti undi dan tempat mengundi juga diurus dengan baik," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rauf sebelum itu meninjau perjalanan mesyuarat dan pemilihan Puteri Umno Masjid Tanah di Sekolah Agama JAIM Paya Rumput. "Para perwakilan diharap menjalankan tanggungjawab sebagai anggota parti memilih pucuk pimpinan dengan amanah yang diberikan, maka lakukan yang terbaik untuk parti, agama, bangsa dan negara," katanya. Beliau berkata calon yang tidak terpilih pula diharap akan menerima keputusan yang dibuat para perwakilan.

Ab Rauf berkata maklum balas daripada 146,000 anggota perwakilan yang terlibat dalam pemilihan menggunakan sistem 'Electoral College' kali ini akan dijadikan rujukan bagi penambahbaikan untuk proses pemilihan parti akan datang.

Mengulas kedudukan anggota Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil Haron Abdullah yang namanya terdapat dalam senarai calon layak bertanding merebut jawatan ketua bahagian walaupun telah menarik diri, Ab Rauf berkata ibu pejabat Umno belum menerima surat penarikan diri calon berkenaan.

"Ibu pejabat hanya dimaklumkan menerusi siaran akhbar, saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dari badan perhubungan Umno negeri...kita (Umno) akan lihat dari sudut kesahihan penarikan diri, kalau berlaku dalam tempoh yang dibenarkan, kita akan berikan pertimbangan khas," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin dilaporkan berkata pihaknya telah mengesahkan penarikan diri Haron menerusi surat makluman berhubung perkara terbabit yang dihantar ke Ibu pejabat Umno pada 24 September. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan