Mesyuarat Perwakilan & Pemilihan Perwakilan Sayap Umno Bermula Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemantau membawa peti undi ke dalam dewan bagi pemilihan Wanita Umno Bahagian Setiawangsa di Hotel Flamingo. -Foto  NORAFIFI EHSAN
Pemantau membawa peti undi ke dalam dewan bagi pemilihan Wanita Umno Bahagian Setiawangsa di Hotel Flamingo. -Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bermula serentak di 191 bahagian pada 8 pagi ini.

Mesyuarat perwakilan akan ditangguh kemudian untuk memberi laluan kepada proses pemilihan pemimpin di peringkat bahagian dan pusat ketiga-tiga sayap itu.

Ketika proses pengundian itu, setiap perwakilan akan diberikan dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan pusat.

Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti yang dibuat pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik serta membasmi gejala politik wang.

Kira-kira 230,000 perwakilan diberi hak memilih pemimpin sayap masing-masing di peringkat bahagian dan pusat berbanding 2,500 perwakilan sebelum ini. Selepas selesai proses pengundian dijangkakan 1 tengah hari, perwakilan akan meneruskan semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.

Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu untuk penggal 2013 hingga 2016.

Bagi pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.

Bagi pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.

Seramai 35 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 4,955 calon di peringkat bahagian pergerakan Puteri.

Ibu pejabat Umno menjangkakan keputusan awal bagi pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat pusat diketahui seawal-awalnya pada pukul 8 malam ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan