Khaled Nordin Kesal Petugas Media Dihalau

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa kesal dengan kejadian sekumpulan petugas media diusir daripada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda Umno Pasir Gudang pada Sabtu.

Mohamed Khaled yang juga Ketua Umno Bahagian itu berkata, pihak berkenaan sepatutnya lebih peka dengan tugas orang media yang mahu membuat liputan pemilihan berkenaan.

"Dia sepatutnya cakap dengan baik... gunakan cara yang lebih sopan dan berhemah supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak," kata Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor ketika dihubungi.

Beliau mengulas kejadian yang berlaku di Dewan UniKL Bandar Seri Alam, di sini apabila petugas media yang mahu membuat liputan dikatakan diusir keluar dari dewan itu oleh Pengerusi Tetap Pemuda Pasir Gudang Moeinuddin Zakaria.

Kejadian dikatakan berlaku apabila petugas media terbabit yang menyangka proses pemilihan sudah berakhir memasuki dewan itu bagi menemu ramah calon. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan