Ketua Wanita Pahang Kekal Jawatan Ketua Wanita Bahagian Maran

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Rosni Zahari berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita Bahagian Maran pada pemilihan sayap peringkat bahagian itu di sini, Sabtu.

Rosni yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa semua 14 bahagian Wanita di Pahang menyokong kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di peringkat Wanita pusat, berjaya mengenepikan pencabarnya Asiah Ismail, AJK Wanita bahagian itu apabila memperoleh 346 undi, manakala Asiah hanya mendapat 74 undi.

Pemilihan Wanita bahagian itu berlangsung di Sekolah Menengah Sri Jengka, dekat sini.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada perwakilan yang memilih, yang masih memberi kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin Wanita Umno di bahagian ini," katanya kepada Bernama.

Bagi pemilihan Ketua Pemuda bahagian itu pula telah dimenangi oleh Saiful Anuar Mokhtar, manakala Pengerusi Tetap Pemuda pula dimenangi Shaari Mokhtar, Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Mukaram Shah Zainuddin dan Naib Ketua Pemuda Saiful Anuar Mokhtar.

Bagi pemilihan pergerakan Puteri bahagian itu, empat jawatan utama dimenangi tanpa bertanding.

Ketua Puteri Nurhidayah Mohamad Shahaimi, Pengerusi Tetap kekal disandang Normariyati Abdul Mutalib, Timbalan Pengerusi Tetap Nor Alieza Zainuddin dan Naib Ketua Puteri Maznah Abd Wahab.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan