Kerajaan Laksana Tiga Langkah Pencegahan Penyeludupan Senjata Api

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Pemeriksaan menyeluruh di semua pintu masuk ke negara ini adalah antara tiga langkah utama yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penyeludupan senjata api, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pemeriksaan itu merangkumi laluan darat, laut dan udara.

"Kita akan terus melakukan pemeriksaan 100 peratus di semua pintu masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha di sini, Sabtu.

Beliau diminta menjelaskan langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penyeludupan dan penggunaan senjata api secara haram di negara ini.

Selain itu, katanya, pihak keselamatan akan bertindak berdasarkan laporan perisikan yang mendapati terdapat pemilikan, simpanan serta penyeludupan senjata api secara haram ke negara ini.

"Pemasangan signal untuk memantau kemasukan barangan dari luar negara juga dilakukan dengan kerjasama Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Kastam Diraja Malaysia," katanya.

Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga langkah berkenaan akan dilakukan secara berterusan bagi mengelak penggunaan senjata api secara haram. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan