Karpal Gesa Agong Tidak Perkenan PCA

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menggesa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak memberi perkenan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang telah diluluskan di Parlimen. Beliau berkata Agong sepatutnya mengembalikan akta tersebut ke Dewan Rakyat untuk pertimbangan selanjutnya demi kepentingan awam.

"Jika akta ini diluluskan dan digubal di Parlimen, DAP akan mengemukakan satu kes ujian untuk menentukan sama ada ia bertentangan dengan Perlembagaan atau tidak," katanya pada sidang media di sebuah kedai kopi di Air Hitam pada Sabtu.

Karpal turut mengecam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya bahawa polis tidak perlu melepaskan tembakan amaran ketika operasi.

"Jika menteri betul, kita memang tinggal di negara koboi. Ia isu yang sangat serious sekiranya tindakan polis ini tidak dikawal.

"Tembakan secara rambang boleh menyebabkan lebih banyak kematian," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan