Ali Rustam Dijangka Kekalkan Jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Ali Rustam
Mohd Ali Rustam

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, penyandang Ketua Bahagian Umno Bukit Katil, berkemungkinan mengekalkan jawatan itu setelah pencabarnya Haron Abdullah dikatakan menarik diri dari bertanding.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin hari ini berkata surat penarikan diri Haron daripada pertandingan telah dihantar ke ibu pejabat Umno pada 24 September lepas.

Bagaimanapun atas kesilapan teknikal pihak ibu pejabat Umno tidak memperolehi surat tersebut, kata beliau.

Namun, menurut beliau, semua masalah itu telah dibincang dan diselesaikan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pusat Tan Sri Tajol Rosli Ghazali malam tadi. Surat penarikan diri itu berserta dokumen lain seperti gambar serta keratan akhbar telah difakskan kepada Tajol Rosli selepas perbincangan itu.

"Malam tadi dia (Tajol Rosli) sudah bincang dengan saya melalui telefon dan selesaikan, dia (Tajol Rosli) juga sahkan terima semua dokumen yang difakskan malam tadi," katanya kepada pemberita selepas meninjau mesyuarat dan pemilihan Pemuda Umno Tangga Batu di Dewan Pusat Pertanian Sungai Udang di sini Sabtu.

Beliau mengulas kedudukan Haron yang juga anggota Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil yang namanya terdapat dalam senarai calon layak bertanding merebut jawatan ketua bahagian walaupun 'telah menarik diri'. Kepada satu soalan, Ahmad Nordin berkata melalui perbincangannya dengan Tajol Rosli penjelasan berkenaan diterima.

"Dia (Tajol Rosli) kata ok, dia tengok kepada kita punya keputusan... keputusan akan ikut berdasarkan kita (Jawatankuasa Pemilihan Umno Melaka) telah putuskan, saya percaya Mohd Ali menang tanpa bertanding," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan mesyuarat dan pemilihan tiga sayap parti itu (Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno) di Melaka hari ini, beliau berkata mesyuarat di semua sayap di enam bahagian berjalan lancar. "Saya telah meninjau mesyuarat di beberapa bahagian dan tiada masalah besar saya lihat. Keputusan bagi pemilihan sayap ini akan diperolehi paling awal pukul 5 petang hari ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan