Adaptasi Dasar Pendidikan Untuk Disesuaikan Dengan Perubahan Dunia - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga pendidik Malaysia perlu mengadaptasi dasar dan amalan pendidikan untuk disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan pesat yang berlaku di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan kepesatan kemajuan pendidikan dunia kini sebagai amat luar biasa, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata negara perlu bergerak seiring dengan keadaan itu.

"Sebagai pendidik, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati revolusi dalam pendidikan ini berlalu begitu sahaja," katanya semasa merasmikan Konvensyen ke-29 Majlis Guru-Guru Asean di sini malam Jumaat.

Menegaskan pendidikan amat penting untuk pertumbuhan negara di masa depan, Muhyiddin berkata ia memainkan peranan amat penting dan menjadi asas untuk generasi muda membuat persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

"Kita perlu melengkapkan generasi masa depan kita dengan pengetahuan dan kemahiran dan menanamkan sikap mengutamakan inovasi dalam diri mereka. "Kita juga perlu memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam usaha mengeluarkan pekerja berpengetahuan yang mampu cemerlang dalam dunia yang serba kompetitif," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kementerian komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan pelajar dan negara.

"Kita patut melibatkan guru dan masyarakat untuk bersama-sama melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang kita rumuskan di negara masing-masing," katanya.

Mengenai konvensyen empat hari bermula hari ini, Muhyiddin berharap pengetahuan dari segi teori dan kemahiran praktikal diperoleh para peserta akan membolehkan mereka membangunkan sistem pendidikan lebih baik di negara mereka.

Beliau percaya konvensyen itu akan mewujudkan kerjasama pembelajaran profesional dalam kalangan negara-negara yang mengambil bahagian yang akan menghasilkan banyak faedah bagi pihak berkepentingan.

Kira-kira 900 perwakilan dari negara Asean iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam serta Korea Selatan menghadiri konvensyen itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan