Video Klip Terbaru Alvivi Tidak Langgar Syarat Ikat Jamin - Peguam

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paparan skrin klip video terbaru pasangan Alvivi berjudul 'Regret'
Paparan skrin klip video terbaru pasangan Alvivi berjudul 'Regret'

PETALING JAYA: Klip video terbaru bertajuk 'Sesal' yamg dimuat naik oleh pasangan blogger seks, Alvivi tidak melanggar syarat ikat jamin sekiranya ia tidak menyentuh isu sensitif atau menggunakan kata-kata berbaur perkauman atau isu agama, kata peguam mereka, Chong Joo Tian pada Jumaat.

"Selagi klip video itu tidak menyentuh isu sensitif, mereka tidak melanggar syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah," kata Chong.

Chong bagaimanapun mengakui dia belum menonton klip video berkenaan.

Beliau menambah mahkamah melarang pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee daripada memuat naik imej pornografi atua menggunakan laman sosial seperti YouTube dengan tujuan memuat naik bahan yang mengandungi isu sensitif yang menyentuh mengenai isu agama atau kaum lain.

Pada 25 Julai, Tan dan Lee dibebaskan didengan ikat jamin oleh Hakim Mahkamah Tinggi Azman Husin selepas permohonan ikat jamin mereka ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran ketika mereka mengaku tidka bersalah pada 18 Julai lalu atas kesalahan menyentuh isu sensitif agama lain di Facebook serta memuat naik gambar pornografi.

Tan dan Lee masing-masing ditahan selama lapan hari di Penjara Sungai Buloh pada Kajang sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 setiap seorang dengan syarat spesifik yang ditetapkan oleh Mohd Azman.

Azman menetapkan kedua-dua tertuduh, Tan dan Lee dilarang memuat naik sebarang artikel atau gambar pornografi atau artikel pornografi, menyentuh isu kaum yang sensitif atau provokatif.

Beliau turut menambah pasangan tersebut turut dilarang menggunakan telefon pintas mereka untuk memuat naik sebarang gambar atau komen mengenai isu perkauaman yang sensitif.

Sementara itu, Lee menafikan klip video tersebut menunjukkan dia cuba untuk membunuh diri.

"Klip video itu hanyalah satu persembahan bagaiamana sesengah individu mengarungi cabaran, yang akhirnya membunuh diri. Bagi saya, saya sentiasa mencari jalan untuk mengatasi semua cabaran yang mendatang tidak kira sepayah mana pun ia," katanya dalam seksyen komen di laman YouTube berkenaan.

Tan turut memaklumkan kepada penonton bahawa mereka yang melihat video tersebut sebagai satu yang negatif 'menyaksikan kerja mereka telah selesai.'

Tan dan Lee menjadi perhatian umum selepas mereka memuat naik gambar lucah dan video seks mereka pada 2012.

Ia menyebabkan Tan yang juga penerima biasiswa jurusan undang-undang dibuang daripada National Universiti Singapore.

Pasangan ini sekali lagi mencipta kontroversi apabila merkea memuat naik gambar mereka sedang menikmati 'bak kut teh' dengan kapsyen gambar 'Selamat Berbuka Puasa dengan 'bak kut teh' yang wangi, enak dan sedap bersama-sama logo halal pada gambar tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan