Umno & BN Perlukan Kepimpinan Berpengalaman Harungi PRU-14 - Shafie Apdal

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) memerlukan kepimpinan berpengalaman dan teruji untuk mengharungi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang dijangka lebih mencabar.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata bagi memenangi PRU-14 itu juga Umno dan BN memerlukan barisan kepimpinan yang mampu menyatupadukan masyarakat bukan sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar.

"Saya yakin pemilihan Umno ini bukan hanya ditonton oleh ahli-ahli Umno tetapi juga ditonton lebih dekat oleh rakyat Malaysia dan lebih 13 juta pengundi yang ada di luar sana," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, kata Shafie, pemilihan barisan kepimpinan Umno pada kali ini amat penting kerana mereka yang akan menentukan sama ada kuasa kerajaan sekarang mampu dipertahankan atau tidak pada pilihan raya berkenaan.

Menurut Shafie barisan kepimpinan sedia ada sememangnya berpengalaman dan telah berjaya mengharungi pelbagai rintangan serta dugaan di bawah kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan mampu mengharungi cabaran PRU-14.

Shafie mengakui Umno memerlukan perubahan atau peremajaan tetapi ia tidak semestinya dilakukan melalui perubahan barisan kepimpinan kerana proses berkenaan masih boleh dilakukan tanpa perubahan barisan kepimpinan.

"Proses peremajaan parti tidak semestinya dilakukan pada peringkat presiden atau timbalan presiden.

Pembaharuan boleh dilakukan tanpa perubahan pimpinan. Apa yang penting kita bertindak melakukan perubahan melalui beberapa pendekatan seperti yang dilakukan Datuk Seri Najib iaitu transformasi dalam parti walaupun beliau orang lama dalam politik," katanya.

Katanya pendekatan prememajaan atau perubahan yang dilakukan Najib dengan memperkenalkan transformasi politik secara dalaman adalah jauh lebih baik kerana ia menjurus ke arah mengukuhkan parti dan bukan memecahbelahkannya.

Shafie yakin sekiranya perwakilan memberi mandat kepadanya sekali lagi untuk menduduki jawatan naib presiden beliau berupaya membantu Najib menjayakan dan merealisasikan proses transfomasi politik bukan sahaja dalam Umno tetapi juga dalam BN. "Sebagai parti pemerintah yang begitu lama, kita perlu melakukan perubahan-perubahan dalaman dengan memperkenalkan pendekatan dan cara kita untuk menarik lebih ramai untuk menyokong Umno dan BN," katanya.

Shafie berkata sebelum ini sudah banyak perubahan dalaman dilakukan Umno seperti memperkenalkan Puteri Umno sebagai pelapis kepada sayap wanita Umno serta mengubah perlembagaan parti sehingga membolehkan hampir 150,000 anggota parti itu mengundi menentukan pucuk pimpinan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan