UDA Land Capai Jualan RM155 Juta Di U4ria

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara pengunjung yang hadir di pameran U4ria baru-baru ini .
Antara pengunjung yang hadir di pameran U4ria baru-baru ini .

CHERAS: UDA Land Sdn Bhd (UDA Land) berjaya mencapai jualan sebanyak RM155 juta dalam masa sehari bagi projek perumahan dan komersialnya sempena pelancaran Pameran Hartanah UDA Land (U4ria).

Ketua Pegawai Eksekutif UDA Land, Haris Ahmad berkata, pencapaian keseluruhan jualan tersebut adalah hasil penjualan hartanah dan komersial di Lembah Klang berjumlah RM74 juta, Utara (RM38 juta), Selatan (RM38 juta) dan Timur (RM5 juta).

Katanya, antara projek yang paling mendapat sambutan adalah projek kompleks kedai dan pejabat 26 unit di Kangar, Perlis.

Beliau berkata, projek tersebut ditawarkan 100% kepada bumiputera dengan harga jualan bermula dari RM740,300 sehingga RM1,699,800.

“UDA Land menawarkan pelbagai jenis produk hartanah residensi dalam lingkungan harga RM458 ribu hingga RM2.7 juta dan juga komersil dalam lingkungan harga dari RM740 ribu hingga RM4.3 juta.

"Namun permintaan dari orang ramai terhadap produk UDA amat menggalakkan. Ini menunjukkan sokongan dan kepercayaan orang ramai khususnya golongan bumiputera terhadap UDA masih utuh sehingga kini," katanya.

Haris berkata, UDA Land akan terus komited dalam menyediakan produk hartanah bagi meningkatkan kualiti hidup dan membantu golongan bumiputera dalam pemilikan aset.

Maklumat lanjut mengenai produk hartanah boleh dilayari di www.udaland.my.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan