Ubah Sikap Untuk Berjaya, Sokongan Kerajaan Dapat Bantu Kejayaan Usahawan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa para usahawan seluruh dunia supaya tidak berputus asa dan mengubah sikap mereka untuk berjaya, walau apa jua cabaran yang dihadapi.

Beliau berkata sokongan kerajaan juga merupakan faktor penting yang boleh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk usahawan mencapai kejayaan dan dalam proses meningkatkan kemajuan negara.

Sebagai contoh, di Malaysia, bantuan kerajaan boleh didapati melalui penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), kata beliau semasa menyenaraikan 'ramuan' untuk kejayaan keusahawanan.

Perdana Menteri berkata negara-negara seperti Amerika Syarikat melihat kegagalan langkah pertama perniagaan sebagai satu pengalaman yang berguna dan walaupun negara-negara lain mempunyai tradisi yang berbeza, prinsip asas menggalakkan orang ramai untuk berusaha tanpa rasa takut gagal diterima secara meluas.

"Di Malaysia, kami boleh mengkaji semula dan menyelaraskan undang-undang kebankrapan kami, untuk mengukuhkan jaringan keselamatan yang membolehkan usahawan untuk pulih kembali," kata beliau dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak Keempat Keusahawanan Global 2013 di sini, Jumaat.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang mewakili Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Sidang kemuncak yang dihoskan Malaysia itu dihadiri oleh lebih 4,000 peserta dari lebih 100 negara.

Mengulas lanjut mengenai MaGIC, Najib berkata pusat itu merupakan sebuah kedai sehenti di mana usahawan boleh mengakses pembiayaan daripada bank atau modal teroka, inkubator untuk membangunkan syarikat, pendaftaran hak harta intelek serta kemudahan bagi latihan dan bimbingan.

Memandangkan inovasi adalah urusan kerajaan, Najib berkata penggubalan dasar juga boleh dilakukan dalam persekitaran yang terbuka, responsif dan kerjasama, dan memberi contoh langkah membuka proses belanjawan persekutuan tahun lepas dengan yang terbaik daripada 2,500 input orang ramai telah dimasukkan ke dalam belanjawan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata dana negara juga boleh memainkan peranan penting dalam menyokong kajian terperinci yang membawa kepada penemuan besar, memberi ruang kepada antara usaha yang paling sukar, abstrak dan menguntungkan.

"Kejayaan internet telah diketahui. Algoritma Google telah dibiayai oleh dana penyelidikan kerajaan dan syarikat-syarikat farmaseutikal mendapat manfaat daripada banyak kajian yang dibiayai awam," kata beliau.

Sama ada penyelidikan mempunyai aplikasi komersial serta-merta atau tidak, Najib berkata kerajaan secara aktif harus terus menyokong dan tidak teragak-agak untuk bekerja rapat dengan industri untuk menggalakkan inovasi.

Beliau menyebut usaha sama penyelidikan Fraunhofer Institute di Jerman dengan perniagaan dan negara itu sebagai model kejayaan kerjasama di seluruh jurang sektor tradisional.

Sokongan kerajaan yang betul seperti membuka akses kepada pengetahuan, kewangan dan kemahiran yang diperlukan boleh memudahkan usahawan untuk memulakan dan menjalankan perniagaan, kata Najib.

Selain dana khas untuk membantu syarikat yang baru bermula dan menggalakkan penggunaan teknologi, eksport dan promosi, Perdana Menteri berkata Malaysia menyediakan insentif cukai serta pembinaan keupayaan dan program mentor untuk usahawan.

Beliau berkata kerajaan akan terus melabur dalam pendidikan berkualiti di semua peringkat dan menggalakkan institusi pengajian tinggi menumpukan lebih banyak masa dan pembiayaan untuk membawa kesan sampingan, yang boleh merapatkan jurang antara penyelidikan dan pengkomersialan.

Lebih 20 tahun lalu, 85 peratus daripada syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi di Amerika Syarikat dilancarkan oleh siswazah dan syarikat-syarikat seperti Facebook dan Google bermula di kampus, kata beliau.

"Kita boleh memastikan anak-anak muda kita melihat peluang yang terbuka untuk mereka sebagai persediaan mereka untuk dunia luar pengajian," kata beliau.

Najib berkata integrasi serantau dan antarabangsa yang lebih luas juga penting bagi usahawan memandnagkan halangan kepada pergerakan tenaga kerja, barangan dan perkhidmatan boleh memperlahankan perniagaan yang baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan