Tiga Calon Dinamik Rebut Jawatan Tertinggi Puteri Umno

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norsabrina Mohd Noor
Norsabrina Mohd Noor

PETALING JAYA: Seorang adalah dari golongan profesional, seorang lagi adalah artis popular manakala calon ketiga adalah ibu kepada empat orang cahaya mata.

Namun, ketiga-tiga calon yang bertanding dalam pemilihan pergerakan Puteri Umno ini adalah wanita ulung dan berkebolehan.

Datin Norsabrina Mohd Noor yang bertanding jawatan No.2 pergerakan Puteri Umno, boleh berbangga di atas pencapaian profesionalnya - beliau berkhidmat sebagai ketua eksekutif bukan saja satu tetapi lima syarikat berkaitan kerajaan negeri Kedah.

Norsabrina, 34, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu dan Exco Kerajaan Negeri Kedah merupakan seorang ahli biologi dan memulakan kerjayanya sebagai seorang eksekutif di Kulim Technology Management Sdn Bhd dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Urusan Kedah BioResources Sdn Bhd.

"Malah ketika Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008, bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak memutuskan untuk mengekalkannya menerajui syarikat itu," katanya.

Turut mengintai jawatan tertinggi dalam pergerakan itu adalah Jamilah Hanim Othman, seorang wanita yang berperwatakan menarik.

Ibu kepada empat anak yang berusia 38 tahun itu dan akan bertanding jawatan Ketua Puteri berkata beliau lebih suka orang mengenalinya kerana hasil kerjanya.

"Apabila orang ingin mengenali saya, mereka akan menyedari saya seorang yang tegas. Segelintir amat terkejut dengan perkara ini kerana penampilan saya dan fikir saya seorang pemalu," kata Ketua Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Sementara itu, bagi Anne Ngasri menggunakan kelebihan bergelar pelakon, selebriti, duta produk dan pengacara televisyen untuk mencuba nasib dalam dunia politik.

Anne, 29, yang merebut jawatan Ketua Puteri Bahagian Bukit Bintang berkata beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada calon pada pemilihan parti kali ini.

Walaupun tidak berpeluang sepenuhnya untuk mempromosikan diri kerana baru saja melahirkan seorang bayi lelaki, ibu kepada lima orang cahaya mata itu bergantung kepada jentera partinya untuk mendekati pengundi.

"Ini adalah pengalaman menarik untuk saya. Apa saja keputusannya nanti, saya akan menghargai pengalaman mengambil bahagian dalam pemilihan parti walaupun hanya di peringkat Bahagian," katanya.

Anne mendapat sokongan dan inspirasi daripada keluarganya terutama, suaminya Mohd Sumali Reduan yang juga Setiausaha Kerja Pemuda Umno.

Kakaknya yang juga seorang pelakon Nasreen, atau lebih dikenali sebagai Darling, kerap membantunya dalam berkempen.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan