Saingan Rebut Jawatan Naib Ketua Tiga Sayap Dijangka Sengit

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

PETALING JAYA: Perebutan jawatan No.2 dalam pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dijangka sengit.

Dengan tiada penyandang mempertahankan jawatan mereka sebagai Naib Ketua, persaingan pada Sabtu akan terbuka kepada mana-mana calon yang bertanding.

Tiada antara calon bertanding untuk jawatan tertinggi ketiga-tiga sayap parti itu menamakan teman seperjuangan dan ini membantu menghangatkan suasana pemilihan untuk jawatan tersebut.

Kerusi Naib Ketua Pemuda yang dikosongkan oleh Datuk Razali Ibrahim yang melepasi had usia 40 tahun kini diintai empat pencabar.

Mereka adalah Ketua Pemuda Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar, ahli exco Lokman Noor Adam, Ketua Pemuda Bahagian Lenggong, Iruan Zulkelfi dan Ketua Pemuda Bahagian Perak, Khairul Azwan Harun.

Jamawi dan Iruan menawarkan diri untuk bertanding kerana mereka dengan secara terbuka memberitahu akan membantu penyandang Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mempertahankan jawatannya.

Lokman dan Khairul Azwan pula aktif mendekati pengundi menerusi laman media sosial.

Terdapat dua pencabar untuk jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang dikosongkan ekoran pemecatan Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob akan mencabar Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk jawatan itu.

Kedua-dua menjalankan kempen secara baik di mana mereka dilihat sering menghadiri majlis bersama dengan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jawatan Naib Ketua Puteri pula menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Datin Norsabrina Mohd Noor, Zahida Zarik Khan dan Nazliah Ali.

Antara ketiga-tiga calon itu, Sabrina, 34, lebih dikenali kerana jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Nazliah, ketua Puteri Bahagian Tawau merupakan pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching manakala Zahida adalah Ketua Puteri Bahagian Pandan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan