Rosyam Nor, Ramli Sarip Antara Penerima Gelaran Datuk Negeri Melaka

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron mendahului senarai 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Jumaat.

Idris menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dan merupakan penerima tunggal darjah kebesaran itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar dalam sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata sebanyak 10 orang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran "Datuk Wira" termasuk dirinya.

Antara penerima DCSM ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar; Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Melaka Datuk Yunos Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd Datuk Pang Tee Nam; dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Datuk Azhar Abdul Hamid.

Sebanyak 14 orang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk", antaranya Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Melaka Amiruddin Yusof; Penaung Puspanita Kementerian Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd Radhuana Salleh.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Panglima Tiga Divisyen Brig Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan; Ketua Eksekutif MPD 99 Sdn Bhd N Navaratnam; dan Ketua Eksekutif S.P. Management and Agencies Phang Shee Pak.

Sebanyak 79 orang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran 'Datuk", antaranya jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee dan pelakon Rosyam Nor manakala penyanyi Ramli Sarip pula menerima DPSM (Kehormat - juga membawa gelaran 'Datuk') kerana beliau bukan warganegara Malaysia.

Antara penerima lain DPSM ialah Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah Rusnani Latip, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Abu Bakar Abdul dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Ismail Lajen.

Sebanyak 35 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 79 menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 120 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 321 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 218 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 24 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Ketua Biro Berita Harian Melaka Amirullah Andi Nur antara penerima BCM tahun ini.

Naim berkata istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran itu akan disempurnakan Mohd Khalil, membabitkan tiga sesi dengan sesi pertama esok di Dewan Seri Negeri, sesi kedua Ahad ini dan sesi ketiga 24 Oktober.

Sesi pertama membabitkan 22 penerima, sesi kedua (447 penerima) dan sesi ketiga (432 penerima). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan