Penubuhan MaGIC Bakal Saksi Lebih Banyak Kerjasama Dengan AS - PM

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) akan menyaksikan lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk meningkatkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan belia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Semasa mengumumkan inisiatif baharu itu, Najib berkata pusat berkenaan akan ditempatkan di Cyberjaya, di mana syarikat-syarikat terlibat dalam multimedia kreatif, penyelidikan dan pembangunan, penyumberan luar dan pengurusan data.

Bercakap pada perasmian Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) 2013 di sini, Najib berkata pusat itu akan menjadi kedai sehenti untuk usahawan, dengan segala-galanya ada, daripada mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank atau modal teroka untuk inkubator bagi membangunkan syarkat yang baru bermula, dari pendaftaran hak harta intelek hingga kepada kemudahan untuk latihan dan bimbingan.

"Saya mahu pusat ini dapat bekerja rapat melalui perkongsian dengan pusat keusahawanan global yang disebut oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat Negeri John Kerry dalam ucapan beliau," kata beliau kepada kira-kira 4,700 perwakilan dari lebih 100 negara untuk sidang kemuncak dua hari di sini.

Terdahulu, Kerry berkata Amerika Syarikat akan memulakan satu program baharu dikenali sebagai 'Up Global', yang akan menyokong dan melatih setengah juta usahawan di 1,000 bandar di seluruh dunia termasuk Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Program ini dijangka menggalakkan lebih ramai bakat muda dan baharu serta membangunkan usaha yang berterusan dan menarik.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Kelima bulan depan.

Program 'The Global Startup Youth', yang sedang berlangsung sekarang melibatkan 500 belia bekerja bersama 100 mentor bagi menangani beberapa masalah paling mendesak dunia.

"Saya teruja untuk menerima penyelesaian kreatif mereka (dan) saya pasti akan mendapat ilham dan berharap untuk mengetahui bagaimana untuk menghitamkan rambut saya yang beruban ini," kata beliau secara berseloroh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan