Nahas Pesawat Di Kudat: Penyiasat Periksa Kawasan Nahas

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah pesawat komersial terhempas di hadapan sebuah rumah di Kampung Sinsan Kudat pada Khamis.- fotoBERNAMA
Sebuah pesawat komersial terhempas di hadapan sebuah rumah di Kampung Sinsan Kudat pada Khamis.- fotoBERNAMA

KUDAT: Pasukan penyiasat mula memeriksa kawasan nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat yang menyebabkan pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh pada Khamis.

Beberapa pegawai dari unit kemalangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dilihat mengambil gambar dan mengkaji pelbagai aspek pesawat tersebut.

Kokpit pesawat itu remuk teruk dan sayap kanannya turut patah.

Petunjuk awal daripada penumpang yang selamat mengesahkan pesawat itu melakukan percubaan kedua untuk mendarat di atas landasan sebelum terhempas.

Dua mangsa yang berada di dalam rumah itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya turut berada di kawasan nahas awal pagi Jumaat untuk bertemu dengan pemilik rumah tersebut dan memeriksa pesawat malang itu di Kampung Sin San.

Selain dua yang terbunuh dalam nahas itu, empat lagi penumpang termasuk seorang juruterbang berusia 58 tahun mengalami kecederaan.

Baki 10 lagi penumpang hanya mengalami cedera ringan.

Di Kota Kinabalu, bedah siasat dilakukan ke atas pembantu juruterbang, Mark Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 69, di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Bapa Mark, Harel Bansh dan ibunya, Eva Ooi, dilihat berada di luar bilik mayat awal pagi Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan