Chua Akan Letak Jawatan Sebagai Presiden Jika Liow Turut Meletakkan Jawatannya

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Jumaat berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden jika timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut meletak jawatannya.

Pada sidang media di ibu pejabat parti beliau berkata dia sedia memberi peluang kepada pemimpin muda untuk memimpin parti.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyerahkan parti itu kepada seorang yang bercita-cita tinggi, dedikasi dan berkebolehan tapi bukan kepada dia (Liow), yang lemah dan tidak dapat membuat keputusan," kata Chua.

Beliau berkata mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 20 Oktober bukan satu acara untuk beliau mengekalkan jawatan presiden yang disandangnya.

Chua juga meminta perwakilan pusat yang hadir pada EGM berkenaan mengundi satu resolusi untuk mengecam Liow sekiranya mereka mahu melihat MCA baru didukung oleh pimpinan yang kuat dan berkebolehan.

Bulan lalu, 20 ahli Jawatankuasa Pusat Khas (CC) MCA mengemukakan petisyen untuk mengadakan EGM bagi mengecam tindakan Liow.

Petisyen berkenaan antara lain menyatakan, Liow tidak mahu menerima keputusan parti yang telah diputuskan secara kolektif, fan tindakannya itu telah menimbulkan pergaduhan dikalangan ahli serta mencemarkan nama baik parti.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan