Tiup Semangat Perkauman 'Perkara Biasa' Menjelang Pemilihan Umno - Penganalisis

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bahang semakin terasa apabila seseorang calon mempertahankan bangsa dan agama secara terbuka, terutama dalam tempoh sehingga tibanya hari pilihan raya parti.

Dalam usaha untuk memenangi hati dan minda perwakilan, calon-calon menjadi lebih lantang bersuara berbanding sebelum ini dan tampil berjuang untuk mempertahankan hak-hak bangsa mereka.

Ini berlaku dalam setiap pilihan raya Umno, begitu juga dalam parti-parti berasaskan kaum yang lain.

Dan kali ini, apabila pilihan raya semakin hampir, calon Umno bukan sahaja terpaksa memperjuangkan orang Melayu, tetapi juga menetapkan pendirian terhadap isu yang melibatkan mereka.

Tidak menghairankan apabila mereka berbuat demikian, kata pakar-pakar Umno, kerana pendekatan ini telah digunakan oleh calon-calon dalam pemilihan parti lalu untuk mendapatkan sokongan yang akhirnya akan diterjemahkan kepada undi untuk mereka.

"Mereka perlu melakukannya, jika tidak, mereka akan dituduh menyeleweng daripada perjuangan Melayu," kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

Beliau berkata, sejarah telah mengajar calon, apabila bekas menteri undang-undang dan ketua Umno bahagian, Datuk Zaid Ibrahim telah tersingkir dari parti kerana bersikap "liberal".

"Dan lihat di mana beliau sekarang, pandangan beliau mempengaruhi kedudukannya dalam Umno," katanya.

Zainal juga menjelaskan bahawa calon-calon biasanya menggunakan modal atas kepentingan orang Melayu untuk mengekalkan momentum di kalangan akar umbi sentiasa hidup.

"Ini kerana pemimpin-pemimpin tertinggi seperti presiden dan timbalan presiden, tidak lagi boleh muncul untuk dilihat sebagai barisan calon kepimpinan kerana mereka sudah memegang jawatan tertinggi dalam memimpin negara.

"Jadi, orang lain telah mengambil alih peranan itu daripada mereka," katanya.

Perkara yang sama, katanya, telah wujud sejak penubuhan parti itu tetapi ia tidak pernah 'ditiup' sehingga kemunculan medium maklumat yang paling berkuasa - Internet dan media sosial.

"Semuanya telah dibesar-besarkan hanya untuk mempengaruhi minda rakyat, terutamanya belia," kata Zainal.

Sementara itu, pensyarah di Universiti Malaysia Perlis Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata adalah tidak adil melabelkan pemimpin-pemimpin Umno sebagai rasis kerana mereka hanya bercakap untuk orang Melayu.

Beliau merujuk kepada insiden penyandang naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein melambai dan mencium keris apabila beliau memegang jawatan ketua Pemuda dalam perhimpunan agung parti itu pada tahun 2007.

Begitu juga dengan kenyataan kontroversi oleh calon-calon naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ali Rustam baru-baru ini yang juga tidak terlepas daripada kritikan awam.

"Mereka membuat kenyataan-kenyataan ini dalam konteks Umno, dan bukan pada platform negara. Apabila Hishammuddin mencium keris itu, beliau hanya mahu membangkitkan semangat orang-orang Melayu.

"Ia adalah satu tradisi dan simbol kepimpinan Melayu," katanya, sambil menambah kaum-kaum lain tidak perlu berasa terancam oleh tindakan tersebut.

Beliau juga percaya bahawa mengangkat isu perkauman tidak akan menjejaskan konsep perpaduan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri.

"Mereka bercakap dengan tegas pada platform Umno. Mereka berjuang untuk orang Melayu dan ia pasti tidak adil jika mereka dipanggil perkauman," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Umno Padang Besar Tan Sri Azmi Khalid bersetuju dengan mengatakan bahawa parti berasaskan kaum lain juga cenderung untuk bermain dengan sentimen yang sama.

"Mereka tidak menentang kaum-kaum lain, mereka hanya mempertahankan kepentingan orang Melayu, terutama mengenai pilihan raya umum sebelum ini apabila mereka kehilangan banyak undi bukan Melayu kepada pembangkang," katanya ketika dihubungi. Beliau menambah, bukan luar biasa bagi pemimpin-pemimpin parti membuat kenyataan seperti itu untuk mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan