Terpulang Kepada Ketua Jabatan Tangani Kecuaian, Bukan SPRM Atau Laporan Audit - Abu Kassim

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua setiap jabatan kerajaan perlu bertanggungjawab dalam menghentikan pembaziran dan ketirisan yang berlaku bagi mengelakkan ia terus dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akan datang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Bercakap pada forum anjuran akhbar Sinar Harian di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini, Khamis, Abu Kassim berkata mereka tidak boleh mengharapkan suruhanjaya itu mengambil tindakan lanjut terhadap kes yang melibatkan pembaziran wang berbilion ringgit.

"Di negara ini, pembaziran dan membuat keputusan yang salah bukan satu jenayah. Ia melibatkan tindakan disiplin bukan Ketua Audit Negara atau SPRM," katanya.

Abu Kassim berkata memang ada keperluan kepada kerajaan untuk melihat kembali undang-undang dan menghukum pesalah yang melakukan penyalahgunaan dana awam.

"Di negara lain, mereka akan mengambil tindakan terhadap individu yang melakuakan salah guna dana awam itu. Sekiranya tindakan itu berlaku disebabkan kecuaian mereka yang menyebabkan pembaziran jutaan ringgit, maka mereka boleh dikenakan denda kerana perkara tersebut.

"Bagaimanapun hari ini, kita tidak boleh mendakwa individu kerana kebodohan dan pembaziran," katanya yang membuat hadirin ketawa dengan kenyataannya itu.

Abu Kassim berkata perlu perubahan dibuat apabila ia menyentuh soal peraturan dan pemerolehan aset jabatan kerajaan bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan.

Beliau menjelaskan prosedur sedia ada mempunyai 'lubang' yang membolehkan individu yang terlibat terlepas daripada hukuman walaupun pemerolehan telah dibuat selayaknya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan