Stesen Udara APMM Tingkat Kecekapan Penguatkuasaan

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berucap dan menandatangani plak merasmikan Stesen Udara Subang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di Subang, Khamis. Stesen Udara Maritim yang dirasmikan itu sekali gus menjadi tonggak utama membantu APMM dalam melaksanakan tugas mencari dan menyelamat di perairan negara. Turut hadir Ketua Pengarah APMM LLaksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish (kiri). -fotoBERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berucap dan menandatangani plak merasmikan Stesen Udara Subang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di Subang, Khamis. Stesen Udara Maritim yang dirasmikan itu sekali gus menjadi tonggak utama membantu APMM dalam melaksanakan tugas mencari dan menyelamat di perairan negara. Turut hadir Ketua Pengarah APMM LLaksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Stesen Udara Maritim Subang pada Khamis dirasmikan sekali gus menjadi tonggak utama membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam melaksanakan tugas mencari dan menyelamat di perairan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata aset terbaharu APMM itu akan menyerlahkan pembangunan dan keupayaan operasi udara maritim selain memberi impak dan kesan besar kepada peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Umum tahu perairan negara yang sangat luas merupakan sumber ekonomi negara yang sangat penting selain laluan kapal dagang penting yang perlu dikawal untuk memastikan keselamatan.

"Pelbagai kejayaan dijangka akan dikecapi lagi dengan wujudnya stesen udara ini termasuk membanteras aktiviti pelanunan dan rompakan di laut, pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan dadah," katanya semasa berucap merasmikan stesen berkenaan di Subang, dekat sini Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Negara Datuk Othman Mahmood dan Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish.

Stesen yang menelan kos RM54juta itu siap dibina pada November 2011.

Shahidan menarik perhatian, dalam membantu operasi sistem udara itu bergerak dengan lebih efisien, APMM telah menerima lapan helikopter bagi melaksanakan tugas pengawasan persisiran pantai dan operasi mencari dan menyelamat di laut sejak 2007.

Beliau berkata APMM merancang untuk memperoleh lebih banyak aset seperti Pesawat Peninjau Tanpa Pemandu (UAV) bagi meningkatkan keupayaan agensi berkenaan dalam menjaga keselamatan dan menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

"Rancangan jangka panjang APMM adalah untuk menempatkan pesawat di lima stesen udara yang dikenal pasti iaitu di Langkawi, Kertih, Kuching, Kota Kinabalu dan Sandakan," katanya.

Dalam sidang medianya, Shahidan berkata APMM akan mengusulkan peruntukan perolehan aset baharu dan menambahbaik aset lama dalam pembentangan Belanjawan 2014 tidak lama lagi.

"Helikopter memang lama versi dari polis, Tentera Laut dan Jabatan Perikanan dan ini semua aset lama. Tapi kita sudah maklumkan kepada kerajaan untuk masukkan dalam Belanjawan baharu.

"Keperkasaan agensi kerajaan seperti APMM perlu ditambah kerana kawasan operasi kita lebih 4,000km kawasan pantai, oleh itu kita memerlukan aset yang lebih muda dan kuat," katanya.

Jelasnya kekangan yang dihadapi ini tidak menghalang APMM untuk terus menjalankan tangunggjawab mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan