Pengurangan Defisit Fiskal, Ketahanan Ekonomi Tumpuan Bajet 2014 - PM

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Okt ini akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan defisit fiskal dan mengukuhkan ketahanan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan ekonomi negara akan diberi tumpuan agar Malaysia dapat bertahan dan kadar pertumbuhan yang munasabah dapat dicapai meskipun keadaan ekonomi dunia lemah atau tidak menentu.

"Kita tumpukan pada pengukuhan ekonomi kita supaya kita dapat bertahan. Satu elemen penting ialah mengukuhkan ketahanan domestik dan nasional," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean ke-23 dan Sidang-sidang berkaitan yang berakhir di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada krisis fiskal di Amerika Syarikat yang berdepan dengan masalah belanjawan dan perlu menyelesaikan kadar had maksimum hutang sebelum 17 Oktober ini diambil kira ketika beliau membentangkan Bajet 2014.

Mengenai krisis kadar had maksimum Amerika itu, Najib berkata keadaan pada masa sekarang adalah tidak menentu dan ada kemungkinan satu penyelesaian boleh dicapai pada saat-saat akhir.

"Itulah kita harapkan (kompromi), capai satu penyelesaian. Apa pun, kita harap tak berlaku keadaan di mana kadar pertumbuhan Amerika terjejas atau lebih teruk dan buruk, ekonomi Amerika merudum," kata beliau. Najib berkata jika Amerika dilanda kegawatan ekonomi yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia, sukar diandaikan apa yang akan berlaku selanjutnya.

Mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan memberi bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014 nanti, Najib berkata perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu.

"Saya tak mahu berkata apa-apa sekarang. Saya perlu lihat dulu akaun kerajaan. Kita pada kedudukan yang baik untuk mengurangkan defisit fiskal dan mahu penuhkan apa-apa program untuk kebajikan rakyat," tambah beliau. Cuepacs dilaporkan meminta kerajaan memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya selepas subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.

Menurut Najib, para pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak kali ini mengambil maklum keadaan ekonomi global pada masa ini, terutamanya perdagangan yang dilihat lebih perlahan pada tahun 2013 dengan pertumbuhan ekonomi dunia sekitar tiga peratus.

Bagaimanapun, terdapat berita baik untuk rantau ini kerana pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Timur adalah yang paling pantas di dunia dan kawasan ini adalah 'enjin pertumbuhan'.

"Dalam intervensi saya, saya nyatakan perlu diberi isyarat jelas tentang pengurangan kuantitif yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat, khususnya oleh Rizab Persekutuan. Tetapi tak jelas 'masa' dan juga jumlah yang akan terlibat dalam pengurangan kuantitatif yang sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidaktentuan di kawasan ekonomi membangun," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan