Pemilihan Umno Signifikan Kepada Masyarakat Bukan Melayu

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan raya Umno akan datang mempunyai implikasi yang luas di kalangan masyarakat bukan Melayu, menurut penganalisis.

Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin memanggil perhimpunan agung itu sebagai "Parlimen ketiga" selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Perbahasan dan perbincangan mereka mungkin akan membentuk dasar-dasar negara. Lagipun, ahli-ahli Umno membentuk satu pertiga daripada Kabinet," kata pensyarah Universiti Teknologi Mara ini.

Beliau mencadangkan kepada yang bukan Melayu supaya mengikuti prosiding pemilihan kerana ia "akan mendedahkan nilai-nilai yang boleh mempengaruhi isu-isu penting."

Beliau memahami bahawa retorik semasa calon merayu kepada sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan boleh menimbulkan rasa takut di kalangan bukan Melayu.

"Semua calon perlu menjadi 'lebih Melayu' daripada saingan mereka, tetapi menjelang Januari 2014 mereka mesti lebih inklusif kerana strategi semasa ini tidak akan menarik pengundi bukan Melayu," kata Dr Shaharuddin.

Hasil pilihan raya juga boleh memberi kesan terhadap jawatan Kabinet sedia ada, kata Ketua Pegawai Operasi Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Tricia Yeoh.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan