Pelajar Akan Ketinggalan Jika Bahasa Inggeris Tidak Digunakan Dalam Pengajaran - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa orang Melayu akan ketinggalan jika kerajaan terus mengabaikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

"Adalah menyedihkan bagi saya, dan saya tidak bersetuju dengan kerajaan (dasar Bahasa Inggeris). Saya tidak suka melihat orang Melayu yang kurang ilmu," katanya ketika berucap kepada peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan ICT Kebangsaan di sini, Rabu.

Katanya, beliau telah membawa perkara itu kepada kerajaan mengenai kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ia tidak didengari.

"Adakah anda pergi ke sekolah untuk menimba ilmu atau untuk belajar bahasa?

"Penekanan hari ini adalah lebih kepada pembelajaran bagaimana untuk bercakap bahasa tertentu dan saya rasa ini adalah satu kesilapan," kata Dr Mahathir yang menambah bahawa orang Melayu akan ketinggalan jika Bahasa Inggeris terus diabaikan.

"Anda mungkin boleh bercakap fasih dalam bahasa Melayu tetapi anda tidak akan dapat bercakap tentang Sains," katanya, sambil menambah buku-buku saintifik dan bahan-bahan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu adalah terhad.

"Setiap hari, penemuan baru dibuat dan kertas saintifik diterbitkan dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu."

Beliau kesal keputusan untuk kembali kepada Bahasa Malaysia bermotifkan politik berikutan protes dari Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008 tetapi ia gagal diterjemahkan.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu turut berkongsi sentimen dengan Dr Mahathir dengan berkata bahawa walaupun tanggungjawab rakyat Malaysia menegakkan Bahasa Malaysia, namun bahasa pengantar di universiti harus kekal dalam bahasa Inggeris.

"Hakikatnya, Inggeris telah menjadi alat komunikasi global untuk perdagangan dan profesion," katanya.

Kedua-duanya merujuk kepada gesaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap institusi pengajian tinggi baru-baru ini supaya meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia di kampus.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan