Mesyuarat Asean Bersama Rakan Dialog Diteruskan Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua-ketua anggota negara Asean memulakan Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga Ke-16 yag dipengerusikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri begawan, Khamis. -fotoBERNAMA
Ketua-ketua anggota negara Asean memulakan Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga Ke-16 yag dipengerusikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri begawan, Khamis. -fotoBERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Para pemimpin Asean dan rakan dialog mereka pada Khamis meneruskan rundingan atas pelbagai isu yang memberi tumpuan kepada jaminan bekalan makanan dan serantau serta menilai kemajuan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga ke-16 pagi Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia pada perhimpunan dwitahunan itu.

Selepas mesyuarat Asean dengan China, Jepun dan Korea Selatan, 15 pemimpin itu kemudian meneruskannya dengan Sidang kemuncak Asia Timur ke-8 yang juga termasuk pemimpin dari Australia, India, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.

Sidang kemuncak Asean-India ke-11 juga akan diadakan hari ini dengan Perdana Menteri Manmohan Singh mengetuai delegasi India.

Sebelum berlepas, Manmohan memberitahu media di New Delhi bahawa penglibatan India dengan Asean dan negara anggotanya adalah asas kepada Dasar Pandang Ke Timur negara yang telah berkembang menjadi perkongsian yang kukuh, menyeluruh dan pelbagai sejak tahun-tahun kebelakangan.

Brunei, yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak 2013 dengan tema "Our People, Our Future Together", (Rakyat Kita, Masa Depan Kita Bersama) akan menyerahkan jawatan pengerusi 2014 kepada Myanmar pada akhir mesyuarat Khamis ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan