Lima Lelaki Terselamat Daripada Dihanyutkan Banjir di Sungai Klang

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima lelaki diselamatkan daripada dihanyutkan arus banjir yang berlaku di sepanjang Sungai Klang.

Kelima-lima individu tersebut sedang berteduh di bawah jambatan berhampiran Jalan Syed Putra yang menjadi tempat tinggal mereka sejak seminggu yang lalu.

Ekoran hujan lebat yang turun sejak pukul 4 petang Khamis, paras air sungai berhampiran naik dengan cepat ia menyebabkan mangsa terpaksa berpaut kepada tiang yang terdapat di bawah jambatan itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haikal Jimmy Ngali Abdullah berkata pihaknya mendapat panggilan mengenai situasi tersebut pada pukul 5.30 petang.

"Kami menghantar kereta bomba dan unit penyelam ke tempat kejadian.

"Kami melihat lima lelaki berpaut kepada kepada sebatang tiang di bawah jambatan," katanya.

Pasukan penyelam mengambil masa selama satu jam untuk menyelamatkan kelima-lima lelaki berkenaan.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan awal mendapati mereka memang tinggal di bawah jambatan itu sejak seminggu yang lalu. Kami telah menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, banjir kilat yang berlaku menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan utama di Lembah Klang termasuk lebuh raya Besraya, NPE dan SILK.

Peningkatan paras air menyebabkan penutupan sementara lorong kanan sekalgus menyebabkan kesesakan yang amat teruk di lebuh raya Besraya berhampiran dengan Jalan Istana dan lorong kiri NPE berhampiran Bangsar.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan