Laporan Audit: Kementerian Pendidikan Minta Penjelasan IPTA

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan memanggil pihak pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berkenaan bagi memberi penjelasan mengenai ketirisan dalam pentadbiran masing-masing seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kementerian memandang serius perkara itu dan satu mesyuarat diadakan semalam bagi membincangkan perkara itu.

"Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pendidikan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan kita akan ambil tindakan sewajarnya dengan serta-merta. "Kita akan menilai dan mencari punca mengapa ia berlaku dan mungkin kita kena ubah cara pemberian kerja, cara penyeliaan dilakukan dan sebagainnya supaya ia tidak berulang," katanya kepada Bernama selepas merasmikan 'Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan (SDNS) Malaysia" di kampus Universiti Teknologi Malaysia di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan audit yang antara lain, menyentuh kerugian dialami beberapa universiti tempatan ekoran proses pengurusan pembinaan yang kurang memuaskan. Terdahulu, dalam ucaptamanya, Kamalanathan berkata institusi pengajian tinggi Malaysia memainkan peranan penting dalam penyelidikan penyelesaian pembangunan mapan, kerana ia memupuk warganegara dan bakal pemimpin bertanggungjawab.

"Institusi pengajian tinggi membangunkan individu berkemahiran tinggi yang terlibat dalam beberapa aspek pembangunan lestari yang paling kritikal dan mencabar termasuk cabaran sosioekonomi dan persekitaran. "Mereka menjalankan penyelidikan penting dan menyediakan persekitaran kondusif yang melahirkan inovasi," katanya.

SDNS dilancarkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon pada 9 Ogos, 2012 bagi tujuan membangunkan penyelesaian untuk menangani cabaran pembangunan mapan yang dihadapi di seluruh dunia.

Antara cabaran itu ialah penduduk berlebihan, makanan, keselamatan, populasi tidak seimbang, penebangan hutan dan masalah sosial.

SDNS Malaysia bertujuan menggalakkan inisiatif penyelesaian dan menggerakkan kepakaran saintifik dan teknikal dalam melaksanakan penyelesaian berorientasikan tindakan untuk pembangunan mapan jangka panjang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan