Ketua Pembangkang Selangor Dapat Elaun RM8,620

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertama kali dalam sejarah, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal menikmati elaun dan keistimewaan tambahan berjumlah RM8,620 sebulan.

Menerusi keistimewaan tersebut, Ketua Pembangkang Selangor bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja serta kereta rasmi kerajaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan untuk memberikan keistimewaan tambahan itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada Rabu mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

"Pemberian elaun dan keistimewaan ini sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi," katanya pada Khamis.

Menurut Abdul Khalid kelulusan tersebut akan dikuatkuasakan selepas usul mengenainya dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke-13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan.

Selepas PRU-13, Barisan Nasional (BN) yang menjadi parti pembangkang di Selangor melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu, menggantikan Datuk Mohd Satim Diman.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan